Dah nk raya nampaknya...Rasa mcm baru kemaren Azirah beli baju raya iaitu sebulan yang lalu...Bgitu pantas masa berlalu,begitu pantas juga ramadan meninggalkan kita,,,
Sblum berakhir puasa,Azirah nak kongsi satu cerita untuk dibuad renungan bersama...
Aril adalah anak kepada seorang jutawan....Dia inginkan sebuah kereta ferrari untuk hari jadinya...Dia juga tahu,ayahnya mampu untuk membeli kereta tersebut untuknya....
Suatu hari,Ayahnya ingin membeli sebuah kereta...Mereka pon pergi ke subuah kedai kereta berjenama...Apabila Aril terlihat sebuah kereta ferrari,dia pon mendekati kereta tersebut dan menyatakan kekagumannya terhadap kereta tersebut(nk bgi klu kat ayah dia yg dya nk ferrari tu..)
Ayahnya dengan muka tak ada perasaan meneruskan niat mereka pada hari itu..Aril sangat kecewa krn ayahnya tidak memahami hasrat di jiwa mudanya,...
Apabila tiba hari jadinya,Aril amat teruja untuk menerima hadiah dari ayahnya...Namun,dia sangat kecewa kerana mendapati bahawa ayahnya hanya menghadiahkan sebuah tafsir al-quran kepadanya....Dia berasa amat marah dan menengking ayahnya di situ juga..Dia marah kenapa ayahnya tidak membelikannya sebuah kereta ferrari tersebut...Aril menghempas tafsir tersebut di atas meja kopi di hadapannya dan terus keluar rumah menaiki kereta...
Sejak itu,Aril tidak pernah balik lagi ke rumahnya...Bartahun-tahun lamanya...Ayahnya sangat risau sehingga jatuh sakit dan terlantar di atas katil...Dia sangat lemah untuk berjalan..Makan juga tidak mahu kerana terlalu rindukan anaknya...Akhirnya,,,Dia kembali mengadapNya...
Aril terasa kurang enak...DIa amat rindukan ayahnya..Tetapi dek amarah yang terlampau,Ego semakin tinggi melambung....Namun,,dia berhasrat untuk pulang ke rumah...Dia pon pulang..
Apbila dia sampai,Dia pun masuk ke rumah,Dia hanya nampak Laila,orang gaji rumahnya sambil termenung panjang...Dia pun menegur Laila..Laila amat terkejut dan menangis semahu-mahunya...Aril yang semakin pelik bertanya mengapa Laila menangis...
Laila pun menceritakan apa yang terjadi....
Sebelum kematiannya,ayah Aril ada berpesan kepada Laila supaya terus tinggal di rumah itu sehingga Aril pulang,,Katakan kpdnya yang ayahnya sangat sayangkan Aril..Ayahnya meminta maaf kerana tidak sempat berjumpa Aril...Dia menghembuskan nafas terakhir ketika menyebut tentang tafsir tersebut,tanpa sempat menghabiskannya...Aril sangat terkejut.Rasa dirinya begitu berdosa...
Ketika itulah dia tersedar...Tafsir yang ditinggalnya suatu masa dahulu masih berada di atas meja tanpa diusik sedikit pun...Dia menangis semahu-mahunya..Langkah diatur perlahan-lahan menuju ke meja tempat terletaknya tafsir tersebut...Aril mengambil Tafsir itu dan membukanya..
Alangkah terkejutnya dia apadila sebatang kunci yang terjatuh dari tafsir tersebut..Aril mencapai kunci itu..Dia menangis semahu-mahunya...Esakannya sangat sayu...Laila yang sedari tadi hanya memerhati terus berlari ke dalam biliknya...Tersentuh dan sebak..
Aril terlihat sehelai kertas di dalam tafsir tersebut...di capai dan dibacanya....,,
"Anakandaku...Ayah sayang akan kamu,,,Jangan kamu lupakan ayah apabila ayah telah tiada di dunia ini...Janganlah tinggalkan ayah...Sesungguhnya kamu adalah nyawa ayah...Tanpa kamu,,ayah tiada makna di dunia ini...Ayah juga tahu,kamu inginkan kereta ferrari yang kamu tunjukkan di kedai tempoh hari...Jadi,ayah hadiahkan kau sebuah kereta Ferrari...Tafsir ini,amalkanlah...Jadikan peneman hidup..Bacalah kpd ayah pabila ayah sudah tiada lagi di muka bumi ini...Semoga kamu suka dengan hadiah yang ayah hadiahkan kepada kamu....
Aril,\Selamat Hari Jadi.... "
Aril meraung sekuat-kuatnya...Dia menyesal..Sungguh,,dia menyesal....Dia tidak percaya apa yang dilaluinya sekarang...Ayahnya telah tiada...Dia pula tiada sewaktu ayahnya berada di ambang maut...Dia menyesal...
Ayahnya telah tiada...Dia rindukan gelak ayahnya...Tawa ayahnya...Senyuman ayahnya..Belaian ayahnya...Segala-galanya tentang ayahnya...Kini,semua itu tiada lagi dek kerana keeg0an dan amarah yang mendalam....Dia menyesal...Sungguh menyesal...Namun,apakan daya,,,masa tak akan kembali,,,
Moral > > Hargailah segala-gala yang kita ada...Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki..Sayangi mereka yang di sekeliling kita....Kasih sayang tidak tertebus dengan harta benda....Jangan menyesal di kemudian hari...
Friday, 26 August 2011
RayA!!
Posted by CiNtA muKa BuKu at 23:14
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment