BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 26 August 2011

Burung Dan Ros Putih....

Cerita ni jugak ada kena mgena ngan post azirah yang lepas pasal pengoorbanan...mari renung  bersama....

Burung merpati dan mawar putih berkawan sjak kecil....burung merpati menaruh harapan terhadap mawar putih ni...tetapi di pendamkan perasaannya kerana takut persahabatan mereka tercalar...namun,suatu hari,burung merpati nekad untuk memberitahu mawar putih akan kedudukan sebenarnya,,,

Merpati berasa gembira apabila mengetahui bahawa mawar putih juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya...Namun,perasaannya sedikit tercalar apbila mengetahui bahawa mawar putih harus bertukar warna dari warna putih ke warna merah dahulu untuk bercinta...

Disebabkan rasa sayang yang sangat mendalam , merpati sanggup menoreh sayapnya dan menitikkan darahnya satu-persatu ke atas mawar putih ketika dia sedang tidur....

Apabila mawar putih terjaga dari tidur pada keesokan harinya,dia terkejut kerana mendapati kelopaknya yang berwarna putih telah bertukar menjadi warna merah...Dia berasa sangat gembira kerana boleh mencintai sang merpati...Namun, dia berasa pilu apabila mendapati merpati terbaring lesu di sebelahnya sambil tersenyum hambar...Mawar putih melihat kedua-dua belah kelopak merpati ditoreh dan berlumuran darah...tahulah dia bahawa warna merah yang menyelimuti kelopak-kelopaknya adalah darah si merpati...Akhirnya,merpati pon mati, meninggalkan mawar yang sedang menangis kesedihan...


Betapa besarnya pengorbanan sang merpati terhadap si mawar....adakah kita sanggup melakukan pengorbanan yang sebegitu rupa???(ckp cam aku ad pengalaman)...





0 comments: